Jesus resurrection from the dead image

MUKJIZAT

Apakah jenis-jenis mukjizat yang Isa telah melakukan?

Menukar air menjadi wain

Dalam mukjizat pertamanya yang berlaku di Kana di negeri Galilea, Isa menukar air menjadi wain apabila wain kehabisan dalam suatu majlis perkahwinan. 

Yahya 2:6-11


Menyembuhkan hamba ketua askar Rom

Dalam mukjizat yang lain, Isa menyembuhkan seorang hamba ketua askar Roma di Kapernaum, tanpa menyentuh pesakit itu. 

Matius 8:5-13
Lukas 7:1-10


Menyembuhkan seorang yang lumpuh

Dekat kolam Betesda di Baitulmuqaddis, Isa menyembuhkan seorang yang tidak boleh berjalan selama 38 tahun lamanya.

Yahya 5:5-9


Penangkapan ikan yang banyak

Selepas sepanjang malam menjala ikan tanpa berhasil, Petrus diperintahkan oleh Isa untuk menebarkan jala sekali lagi. Kali ini begitu banyak ikan yang ditangkap sehingga jala Petrus mulai koyak.

Lukas 5:4-9


Menyembuhkan orang yang dirasuk roh jahat

Siapakah orang ini yang memiliki kuasa untuk mengusir roh jahat?

Markus 1:23-28
Lukas 4:33-37


Menyembuhkan ibu mertua Petrus

Matius 8:14-16
Markus 1:29-34
Lukas 4:38-41


Menyembuhkan seorang yang berpenyakit kusta

Matius 8:2-4
Markus 1:40-42
Lukas 5:12-13


Menyembuhkan seorang lumpuh

Matius 9:2-8
Markus 2:2-12
Lukas 5:18-26


Membangkitkan anak seorang balu

Lukas 7:12-16


Menyembuhkan orang buta dan bisu, yang dirasuk roh jahat

Matius 12:22
Lukas 11:14


Meneduhkan ribut

Isa meneduhkan angin ribut di tasik Galilea dengan memberi perintah kepada angin itu.  Angin ribut itu begitu kencang sehingga pengikut-pengikut-Nya yang berpengalaman membawa perahu merasa takut.

Matius 8:24-27
Markus 4:37-41
Lukas 8:23-25


Menyembuhkan orang yang dirasuk roh jahat di wilayah Gerasa

Matius 8:28-34
Markus 5:1-20
Lukas 8:26-39


Menyembuhkan wanita yang menyentuh jubah-Nya

Dengan hanya menyentuh hujung jubah Isa, wanita yang menghidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun disembuhkan. 

Matius 9:20-22
Markus 5:25-34
Lukas 8:43-48


Membangkitkan anak Yairus yang telah mati

Isa menunjukkan bahawa Dia berkuasa untuk membangkitkan orang yang telah mati.

Matius 9:18-19,23-26
Markus 5:22-24,35-43
Lukas 8:41-42,49-56


Memberikan makanan kepada lima ribu orang

Dalam salah satu mukjizat yang paling menakjubkan, Isa memberikan makanan kepada lima ribu orang dengan hanya lima ketul roti dan dua ekor ikan. Bahkan terdapat baki makanan yang dapat memenuhi 12 bakul selepas itu!

Matius 14:15-21
Markus 6:35-44
Lukas 9:12-17
Yahya 6:5-14


Berjalan di atas air dan meneduhkan ribut

Isa berjalan di atas air Tasik Galilee! Dengan penuh iman, salah seorang pengikut Isa mulai berjalan di atas air menuju ke arah Isa. Beberapa ketika kemudian dia berasa ragu-ragu, dan terus mahu tenggelam. Dia kemudian diselamatkan oleh Isa. 

Matius 14:22-33
Markus 6:45-52
Yahya 6:16-21


Menyembuhkan anak perempuan seorang wanita Kanaan

Matius 15:22-28
Markus 7:25-30


Menyembuhkan seorang tuli

Markus 7:32-37


Memberikan makanan kepada empat ribu orang 

Dalam satu lagi mukjizat yang menunjukkan kuasa Allah, Isa yang dipenuhi belas kasihan terhadap orang ramai yang kelaparan selama lebih kurang tiga hari memberikan mereka tujuh ketul roti dan beberapa ekor ikan kecil. Selepas semua orang habis makan, masih terdapat baki makanan sebanyak tujuh bakul.

Matius 15:32-38
Markus 8:1-9


Menyembuhkan seorang buta

Markus 8:22-26


Menyembuhkan orang yang buta, bisu, dan dirasuk roh jahat

Matius 17:14-20
Markus 9:14-29
Lukas 9:37-42


Menyembuhkan sepuluh orang berpenyakit kusta

Sepuluh orang berpenyakit kusta disembuhkan. Tetapi hanya satu orang yang cukup rendah hati untuk kembali dan mengucap terima kasih kepada Isa kerana menyembuhkannya.

Lukas 17:11-19


Membangkitkan Lazarus daripada kematian

Dalam satu mukjizat yang mengemparkan seluruh negara, Isa membangkitkan seorang yang bukan sahaja telah mati, tetapi dikuburkan untuk beberapa hari. Kebanyakan pemimpin agama sekarang telah mulai mengikut Isa selepas melihat mukjizat ini yang menunjukkan kuasa Allah yang hidup.

Yahya 11:1-46


Menyembuhkan wanita yang sakit

Lukas 13:10-17


Mengutuk pohon ara

Isa melakukan mukjizat ini untuk mengambarkan pengadilan yang akan menimpa bangsa Israel. Kerana Israel (kebanyakan orang) enggan menerima ajaran-Nya, maka bangsa ini akan menjadi pudar sehingga hampir terpupus di bawah kuasa ketenteraan empayar Roma yang kejam. Ini berlaku pada hari Isnin selepas Isa memasuki ke Baitulmuqaddis dengan kemenangan, iaitu hanya beberapa hari sebelum Dia mati dan bangkit semula.

Matius 21:18-20
Markus 11:12-14,20-21


Isa membangkit semula

Dalam mukjizat yang hebat sekali, Isa membangkit daripada kematian, seperti apa yang Dia telah meramalkan dalam beberapa situasi.

Matius 28:2-20
Markus 16:1-20
Lukas 24:1-27
Yahya 20:1-31

Lihat bacaan tambahan tentang kebangkitan


Penangkapan ikan yang luar biasa

Selepas kebangkitan-Nya, Isa melakukan satu lagi mukjizat. Pengikut-pengikut-Nya mengecam dengan serta-merta siapakah yang menyebabkan penangkapan ikan yang begitu berhasil sekali. Dia ialah Isa dari Nasaret yang bangkit daripada kematian.

Yahya 21:1-14,24