SELIDIK
Temuilah Isa melalui lima pelajaran berikut.
PELAJARAN 1
Salasilah Isa dan matlamat-Nya.
Dalam lima pelajaran ini kita akan mengkaji:
Apakah Injil Lukas benar dari segi bukti sejarah.
Benarkah Isa adalah "Anak Allah".
Apakah yang Isa datang untuk melakukan.
Perjanjian Baru terdiri daripada beberapa buah buku pendek dan pucuk surat. Alkitab dalam bahasa Inggeris merupakan perterjemahan apa yang ditulis oleh umat Kristian awal. Pakar-pakar memberitahu kita bahawa kita boleh pasti bahan teks asal adalah benar secara luar biasa.
Bagaimanakah kita boleh pasti Alkitab itu benar?
Pada zaman umat Kristian awal, terdapat banyak tulisan mengenai hidup Isa. Tetapi sesetengahnya memiliki kualiti yang istimewa -- bahan tulisan ini ditulis oleh pengikut-pengikut Isa atau kawan karib mereka. Kitab-kitab Injil dan surat-surat ini disalin secara berhati-hati dengan menggunakan tangan.
Dalam beberapa tahun ini, ahli kaji purba telah menjumpai beribu-ribu manuskrip yang mengandungi cebisan-cebisan Perjanjian Baru, dan juga salinan yang lengkap. Dengan membandingkan semua manuskrip ini, kita boleh mengetahui dengan agak tepat tulisan asal dalam Perjanjian Baru. Lagipun sesetengah salinan ini bertarikh kurang daripada 100 tahun selepas injil atau surat asal dituliskan.
Agar kita dapat sedikit idea betapa kukuh bukti ini, bandingkanlah Perjanjian Baru dengan tulisan-tulisan yang hampir sezaman dengannya. Misalnya, Julius Caesar menulis buku berjudul "The Gallic War" hampir-hampir 50 tahun sebelum Al Masih dilahirkan. Sudah tentu kita tidak memiliki salinan asal. Tetapi, kita ada sembilan atau sepuluh salinan, dan salinan terawal bertarikh kira-kira 900 tahun selepas tulisan asal. Lompang selama 900 tahun adalah hal biasa untuk tulisan kuno.
Tetapi apabila kita memeriksa bukti sejarah berkaitan dengan Alkitab, kita mendapati bahawa terdapat beribu-ribu manuskrip untuk kitab-kitab dalam Perjanjian Baru. Oleh itu, kita ada sebab yang baik untuk mempercayai bahawa kita mengetahui hampir dengan tepatnya apa yang dituliskan oleh Lukas, Paulus dan penulis lain.
Siapakah menulis Injil Lukas?
Penulis injil Lukas, iaitu Lukas sendiri, juga menulis kitab Kisah Para Rasul di dalam Perjanjian Baru. Dia merupakan satu-satunya penulis Perjanjian Baru yang bukan orang Yahudi, dan juga merupakan seorang doktor. Bukti berasingan mengesahkan bahawa dia adalah seorang ahli sejarah yang bukan sahaja sangat teliti, tetapi juga tepat.
Injil Lukas: fakta atau rekaan semata-mata?
-
Dari manakah Lukas mendapat sumber maklumatnya? (1:2)
-
Bagaimanakah dia menulisnya? (1:3)
-
Pada pendapat anda, mengapakah Lukas menulis pengenalan ini?
Dari mana Isa berasal?
Lukas memberi butir-butir terperinci tentang salasilah Isa yang unik. Petikan berikut menjelaskan bagaimana kelahiran Isa diramalkan.
-
Prospek macam manakah yang dapat dijangka untuk anak Maryam? (1:32,33)
-
Apakah yang unik tentang kelahiran Isa? (1:35-37)
-
Isa dirujuk sebagai Anak Allah. Apakah petikan ini mengatakan tentang salasilah "kembar" ini (dilahirkan melalui Roh Allah dan Maryam)?
Isa menjelaskan matlamat-Nya
Isa dilahirkan di Baitlahim di Judea, bahagian selatan Palestin. Dia dibesarkan di sebuah kota yang sederhana -- Nasaret, di Galilea, sebelah utara Palestin. Isa merupakan seorang tukang kayu, tetapi ketika umurnya 30, dia menjadi guru agama yang mengembara dari sebuah kota ke kota yang lain.
Dalam Lukas 4:14-22, kita membaca tentang apa yang berlaku apabila Isa mulai mengajar. Dia pergi ke rumah ibadat untuk bersembahyang. Walaupun dia mungkin tidak menerima pendidikan agama yang melebihi orang Yahudi yang lain, orang ramai ingin mendengar-Nya. Dia diminta untuk berkhutbah di rumah ibadat di Nasaret.
-
Orang macam manakah Isa datang untuk membantu? (4:18)
Apakah ini bererti? -
Apakah yang Dia akan mengumumkan? (4:19)
Apakah ini bererti? -
Apakah yang difahami oleh orang ramai di rumah ibadat apabila Dia mengatakan apa yang tercatat dalam ayat 21?
CUBA FIKIRKAN
Isa datang untuk membantu mereka yang "miskin", yang "ditawan", yang "buta", dan yang "ditindas." Hari ini, siapakah mereka ini yang dikatakan yang miskin, yang ditawan, yang buta atau yang ditindas?
| Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |