SELIDIK
Temuilah Isa melalui lima pelajaran berikut.
PELAJARAN 2
Isa menyembuhkan orang tidak kira mereka kaya atau miskin.
Dalam pelajaran pertama, kita melihat bahawa Isa bukan sahaja seorang yang luar biasa; Dia juga adalah Anak Allah. Dia datang ke dunia untuk memenuhi keperluan yang mendalam setiap manusia.
Dalam pelajaran ini pula, kita akan melihat bagaimana Isa memenuhi keperluan dua orang. Ke mana sahaja Isa pergi, Dia bertemu dengan orang yang serba kekurangan. Kerap kali, mereka ini berpenyakit yang tidak boleh diubati. Dia dapat mengubah hidup mereka dengan menyembuhkan mereka. Tetapi, lebih penting daripada itu, Dia mengubah hidup rohani mereka dengan mengampunkan dosa mereka.
Dia menyembuhkan ramai orang: ibu mertua Simun, hamba seorang pegawai Rom, lelaki yang tangannya lumpuh, perempuan yang tempang, lelaki yang sakit lumpuh, orang-orang yang menderita kerana gangguan mental, rohani atau penyakit kulit, dan orang buta. Malahan Dia juga menghidupkan orang mati. "Semua orang yang mempunyai kawan yang menghidapi bermacam-macam penyakit membawa mereka kepada Isa. Isa meletakkan tangan-Nya ke atas tiap-tiap orang dan menyembuhkan mereka semua." (Lukas 4:40).
Lihatlah bagaimana Isa berinteraksi dengan mereka semua.
A. Seorang pengemis buta disembuhkan
-
Pada pendapat anda, macam manakah kehidupan orang buta ini?
-
Mengapa dia asyik memanggil Isa?
-
Apakah Isa melakukan dan berkata sebaik sahaja Dia mendengar orang itu memanggil-Nya? (18:40-42)
-
Bagaimanakah orang itu menunjukkan bahawa dia mempercayai Isa?
-
Jika anda pernah melihat mukjizat ini, apakah pendapat anda terhadap Isa?
Ini merupakan seorang buta yang menerima penyembuhan penglihatan daripada Isa. (Lukas 4:18). Dia menyembuhkan ramai orang yang menghidapi bermacam-macam penyakit. Tetapi Dia juga "menyembuhkan" orang yang berpenyakit bukan fizikal.
B. Isa and Zakai
Orang-orang Rom memberikan tanggungjawab memungut cukai kepada sesiapa yang dapat memberi tawaran yang tinggi sekali. Pemungut cukai tidak menerima sebarang gaji. Oleh sebab mereka memungut sebanyak mungkin, mereka masih ada banyak baki selepas membayar kepada kerajaan. Zakai adalah seorang pemungut cukai. Dia seorang yang tamak dan tidak digemari ramai.
-
Apakah sikap Zakai terhadap Isa? (19:3,4,6)
-
Ramai orang bersungut tentang Isa kerana Dia berbual-bual dengan orang macam Zakai. Apakah sikap Isa terhadap Zakai? (19:5,9,10)
-
Bagaimanakah Zakai berubah selepas bertemu dengan Isa? (19:8)
-
Pada pendapat anda, apakah maksud Isa dengan "yang sesat"? (19:10)
-
Apakah peristiwa ini menunjukkan tentang sifat dan matlamat Isa?
CUBA FIKIRKAN
Zakai menjadi "tawanan" kepada ketamakannya sendiri. Isa memberikannya kebebasan.
Isa mengatakan bahawa Dia telah datang untuk "mencari dan menyelamatkan mereka yang sesat." Orang berubah apabila mereka bertemu dengan Isa. Pada pendapat anda, bertemu dengan Isa akan membawa perubahan macam mana dalam hidup anda?
| Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |