Jesus on Trial image

SELIDIK

Temuilah Isa melalui lima pelajaran berikut.

PELAJARAN 5
Isa memberi harapan, sejahtera, sukacita, matlamat dan hidup kekal.

Fasal terakhir dalam Injil Lukas memberitahu kita dengan jelas mukjizat kebangkitan Isa. Selepas Isa disalibkan, pengikut-pengikut-Nya berasa takut akan orang-orang Yahudi. Walaupun mereka terus bertemu, mereka berbuat demikian secara rahsia. Tiba-tiba, Isa menampakkan Diri kepada mereka.

C.S. Lewis, seorang penulis terkenal dan juga seorang Kristian, menulis begini:

"Penulis-penulis Perjanjian Baru mencatatkan kebangkitan Isa seolah-olah peristiwa macam itu langsung tidak pernah berlaku dalam seluruh sejarah manusia. Dia telah membukakan pintu yang selama ini terkunci sejak kematian manusia yang pertama. Dia telah bertemu, melawan dan menewaskan raja maut."


A. Kebangkitan

Baca Lukas 24:1-27
Baca Lukas 24:46-53

Kemudian mereka menerima berita bahawa Isa telah membangkit semula daripada kematian. Reaksi pengikut-pengikut menunjukkan bahawa semua ini di luar jangkaan mereka. Mereka berfikir bahawa berita itu hanya cerita karut. (ayat11). Dua orang pengikut dalam perjalanan ke Emaus berkata bahawa mereka terkejut mendengar berita itu (ayat 22), dan Isa sendiri mengesahkan bahawa mereka berasa ragu-ragu (ayat 38). Namun begitu, segelintir orang menjadi yakin bahawa Isa telah membangkit daripada kematian.

Kebangkitan merupakan kemuncak hidup Isa Al Masih. Dia membangkit daripada kematian seperti yang Dia meramalkan. Ini mencabar kita untuk mempercayai bahawa hal-hal lain yang Isa mengatakan tentang Diri-Nya adalah juga benar. Kebangkitan memerlukan kita memberi sesuatu respons.


B. Memberi respons kepada Isa

Mari kita melihat seorang perempuan yang disebut dalam Injil Lukas, dan apakah responsnya terhadap Isa.

Baca Lukas 7:36-50

Perempuan itu seorang perempuan jalang. Tingkah lakunya terhadap Isa jauh berbeza daripada respons acuh tak acuh yang diberikan oleh Simun, seorang Farisi.

Perempuan itu boleh pasti bahawa dia telah berbaik semula dengan Allah. Isa telah menyambut, menerima, dan mengampunkan dia kerana kasih dan belas kasihan-Nya. Perempuan itu tidak melakukan apa pun yang menyebabkan Isa berbuat demikian. Tetapi sekarang dia bebas untuk menjalani hidup baru.

Dalam cara yang sama, kita pun boleh mendapat kepastian ini. Kita sekali-kali tidak dapat menjelaskan hutang kita terhadap Allah kerana dosa-dosa kita. Tetapi, jika kita datang kepada Isa seperti perempuan ini, kita dapat tahu bahawa Dia mengampunkan dan menerima kita sepenuhnya. Dalam pelajaran yang lalu, kita sudah membincang bagaimana semua ini berlaku melalui kematian Isa bagi pihak kita.


C. Menjadi seorang Kristian

Perempuan yang berdosa ini datang kepada Isa dan mengakui dosanya. Dia mempercayai bahawa Isa dapat mengampunkan dosanya. Melalui tingkah lakunya, dia mengucapkan terima kasih kepada Isa kerana memberi hidup baru kepadanya. Kita pun harus berbuat demikian jika kita ingin berbaik semula dengan Allah, bukan sahaja untuk sekarang tetapi juga untuk selama-lamanya. 

Anda boleh mengikut doa berikut:

Tuhan Isa, saya sedar bahawa selama ini saya menjalani hidup mengikut sesuka hati saya, dan telah menentang kehendak Engkau. Terima kasih kerana mati untuk dosa saya. Saya menjemput Engkau menjadi Penyelamat dan Allah saya. Jadikanlah saya seorang peribadi mengikut kehendak Engkau. Amin.


D. Bertumbuh sebagai seorang Kristian

Kelima-lima pelajaran ini telah menunjukkan kepada kita siapakah Isa dan mengapakah Dia datang ke dunia. Lukas 6:46-49 mengajar kita bahawa kita bukan sahaja harus mendengar kata-kata Isa, tetapi juga mempraktikkannya.

Baca Lukas 6:46-49

Mengambil keputusan menjadi seorang Kristian hanya merupakan suatu permulaan untuk menjalin hubungan intim dengan Allah seumur hidup.

| Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |