Jesus on trial image

SELIDIK

Temuilah Isa melalui lima pelajaran berikut.

PELAJARAN 3
Isa mengajar dengan menggunakan prinsip dan cerita ibarat.

Dalam pelajaran yang lalu, kita melihat Isa sebagai penyembuh. Tetapi orang ramai tidak datang hanya untuk disembuhkan. Mereka juga ingin mendengar-Nya berkhutbah. Isa mengajar tentang Kerajaan Allah, doa, cara hidup yang bijak dan yang bodoh, kasih dan pengampunan, dan juga tentang Diri-Nya sendiri.

Tetapi bukan semua orang dapat menerima ajaran Isa. Ini kerana Isa menentang pemimpin agama yang munafik dengan terus terang. Musuh-musuh Isa cuba memerangkap-Nya dengan mengemukakan soalan penuh muslihat, tetapi Dia selalu dapat menjawab dengan bijak. Bahkan para pemimpin agama tidak mendapat peluang langsung untuk membunuh Isa kerana orang ramai terpikat kepada-Nya dan mahu mendengar ajaran Isa, "supaya jangan satu perkataan pun terlepas daripada telinga mereka." (Lukas 19:48). Dalam pelajaran ini, kita akan membincangkan dua daripada cerita ibarat yang pernah diajar oleh Isa.


A. Orang Samaria yang murah hati

Ramai orang datang kepada Isa untuk mendapat jawapan. Bagi satu orang, apa yang merisaukannya ialah apakah akan berlaku selepas dia mati. Dia menanyakan Isa bagaimana dia boleh "menerima hidup kekal." Isa memimpin orang itu mendapat jawapannya sendiri daripada Alkitab. (Lukas 10:27).

Baca Lukas 10:25-28

Isa kemudian ditanyakan, "Siapakah jiran saya?" Dia menjawab dengan menceritakan kisah seorang Samaria yang murah hati.

Baca Lukas 10:29-37

Isa adalah seperti orang Samaria yang murah hati ini. Dia memahami segala keperluan dan kekecewaan kita. Bukan seperti imam dan orang Levi yang tidak berbuat apa-apa, Isa menghulurkan tangan untuk menolong kita.


B. Anak yang sesat

Walaupun sederhana, cerita ini merupakan salah satu cerita yang dikenali ramai. Cerita ini dapat menggambarkan hubungan antara manusia dengan Allah.

Baca Lukas 15:11-32

Cerita ini menunjukkan bahawa Allah masih menawarkan kasih-Nya walaupun kita degil dan mementingkan diri. Cerita ini juga menunjukkan bahawa kita boleh kembali kepada Allah, tidak kira betapa jauh kita sudah melarikan diri daripada-Nya.


CUBA FIKIRKAN

Dengan sikap siapakah anda lebih dapat mengaitkan diri:  sikap anak ketika dia meninggalkan rumah, atau sikap anak apabila dia membuat keputusan untuk balik ke rumah?

Bolehkah anda mempercayai bahawa Allah akan menerima anda sepenuhnya sebagaimana bapa menerima anaknya?

Anda mungkin berasa anda memerlukan Allah, dan mahu kembali kepada-Nya. Mungkin anda ingin mengikut doa berikut: 

Bapa Syurgawi, 

Saya telah berdosa terhadap Engkau. Saya telah gagal mengasihi Engkau dan orang lain. Saya mahu kembali kepada Engkau sekarang juga, seperti anak yang sesat kembali kepada bapanya. Bapa, ampunkan saya dan masuklah ke dalam hidup saya agar saya dapat menjadi peribadi yang mengikut kehendak Engkau. Amin.

| Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |