Jesus on trial image

SELIDIK

Temuilah Isa melalui lima pelajaran berikut.

PELAJARAN 4
Isa diutus oleh Allah untuk mati sebagai Pengantara dan Penyelamat.

Semasa Isa dibicarakan, nampaknya gabenor Rom yang lemah semangat, Pilatus; dan juga jeritan orang ramai, menentukan hukuman mati Isa. Yang mengagumkan ialah Alkitab memberitahu kita bahawa peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada rancangan Allah.

Isa menarik dua belas pengikut-Nya ke sebelah untuk memberitahu mereka, "Dengarlah! Kita sekarang menuju ke Baitulmuqaddis, di mana segala yang ditulis oleh nabi-nabi mengenai Anak Manusia akan menjadi kenyataan. Dia akan diserahkan kepada orang-orang bangsa asing, yang akan mengolok-olokkan Dia, menghinakan Dia, serta meludahkan Dia. Mereka akan menyesah Dia dan membunuh Dia; tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula." Pengikut-pengikut Isa tidak mengerti sedikit pun apa maksud-Nya. (Lukas 18:31-34a)


A. Jamuan Paska dan "Jamuan Terakhir"

Pada malam terakhir hidup-Nya, Isa makan bersama dengan pengikut-pengikut-Nya.

Baca Lukas 22:7-20


B. Perbicaraan

Selepas jamuan Paska, Isa ditangkap di Taman Getsemani. Dia dibawa menghadap ke mahkamah agama Yahudi.

Baca Lukas 22:66-71


C. Kayu Salib

Isa tidak dihukum mati kerana sesuatu yang dilakukan-Nya. Dia dihukum kerana dakwaan-Nya bahawa Dia Allah.

Baca Lukas 23:32-49

Pelajaran ini mengenai Isa, Penebus kita. Menebus bermakna membeli sesuatu balik dengan memberi bayaran. Kematian Isa adalah demi orang lain, supaya mereka dapat kembali kepada Allah.


CUBA FIKIRKAN

Pada detik-detik kematiannya, penjenayah meminta Isa untuk mengingati dia di dalam Kerajaan-Nya yang akan datang. Isa berjanji bahawa penjenayah itu akan bersama dengan-Nya di Syurga. Dari segi apakah kita boleh memiliki harapan yang sama seperti penjenayah itu selepas mendengar kata-kata Isa?

| Satu | Dua | Tiga | Empat | Lima |